Sorting by

×

PELANCONGAN DIGITAL DIPERKENALKAN DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 5 Disember – Melaka memperkenalkan pelancongan digital pada tahun depan bagi meningkat dan mengubah pengalaman pelancong ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagi merealisasikannya, sebanyak tiga inisiatif telah disediakan.

Jelas beliau, antara inisiatif yang disediakan adalah pengenalan aplikasi Smart AI Tourism Negeri Melaka yang akan dilancarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2.0 pada hujung tahun ini.

“Selain itu, Melaka Digital Explorer Pass turut diperkenalkan, iaitu kad pintar pelbagai kegunaan bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai dan kutipan data pelancong.

“Pada masa sama, Sijil Warisan Asli Melaka juga akan dikeluarkan sebagai pengiktirafan rasmi kepada pengusaha warisan tempatan,” katanya ketika berucap membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata, beberapa produk pelancongan baharu juga akan dibangunkan pada tahun hadapan, termasuk membabitkan sektor pelancongan di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, antara produk baharu adalah Rumah Warisan Jawa yang dibangunkan di Kampung Paya Dalam, Ayer Molek sebagai simbol kelestarian warisan komuniti tempatan, selain menyasarkan pengiktirafan kebangsaan pada tahun 2026/2027 bagi Aspiring Melaka Geopark.

“Pada masa sama, perkhidmatan pengangkutan air Hop On – Hop Off Sungai Melaka Fasa 2 juga akan diperkenalkan sebagai satu lagi alternatif kepada pelancong.

“Galeri Digital Melaka juga akan ditubuhkan sebagai platform interaktif mempersembahkan sejarah dan warisan negeri, selain pembangunan Produk Arkeotourism di Tapak UNESCO Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

181
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA 4 INISIATIF MESRA PERUMAHAN
Next post BAJET NEGERI MELAKA 2026: 5 INISIATIF ‘DIGITALKAN’ MELAKA