
Pelancongan Melaka baru nak naik, tolong patuh SOP – EXCO
BANDARAYA MELAKA 5 Feb – Kerajaan negeri menyarankan semua pemain industri pelancongan di negeri ini tidak mengambil sikap ambil mudah terhadap aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Exco Pelancongan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, ia bagi mengelakkan tercetusnya sebarang kluster berkaitan pelancongan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara yang melebihi angka 9,000 kes hari ini.
Katanya, bagi mengekang penularan wabak itu, beliau mahu premis kekal melaksanakan pemeriksaan suhu, pendaftaran MySejahtera dan memastikan penjarakan sosial pengunjung.
“Kita tidak mahu mengambil tindakan keras terhadap pengunjung kerana kita tahu sektor pelancongan di Melaka baru saja bangkit akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Justeru, saya meminta pengunjung mematuhi semua SOP ditetapkan supaya kita bersama dapat mengekang penularan wabak berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pesta Kopi Melaka di The Shore Shopping Gallery, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
