Sorting by

×

PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 1 Mac – Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran Bazar Ramadan Rahmah Madani di empat lokasi di seluruh Negeri Melaka.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin berkata, program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac depan.

Beliau berkata, empat bazar Ramadan Rahmah yang terlibat adalah Bazar Ramadan Rahmah Taman Melaka Baru, Kesidang; Bazar Ramadan Rahmah Taman Bukit Tambun Perdana 2, Durian Tunggal; Bazar Ramadan Rahmah Jasin Bestari dan Bazar Ramadan Rahmah Bandar Satelit Pulau Sebang.

“Edaran baucar E-Wallet ini akan berlangsung di lokasi ditetapkan bermula antara jam 5 hingga 6.30 petang pada 4 hingga Mac ini.

“Setiap seorang pengunjung akan menerima RM20 namun ia bergantung kepada penerima terawal dan selagi stok baucar e-Wallet masih ada,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

643900091 122242094384159392 4762474827507973392 n

Allex yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang berkata, inisiatif daripada KPDN itu bertujuan menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan pengguna.

“Selain itu secara tidak langsung di dapat membantu meringankan perbelanjaan orang ramai dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

“Orang ramai disarankan juga untuk memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet lebih awal bagi memudahkan proses penebusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

507
Kongsi :
Previous post ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
Next post LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN