
Pemandu bas bawa pesakit terbabas disahkan positif COVID-19
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pemandu bas yang membawa 40 pesakit COVID-19 dan terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi turut disahkan positif virus itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata pemandu berusia 41 tahun yang cedera di kaki sebelum itu dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan dan disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan.
Ujian saringan air kencing pula mendapati lelaki itu negatif dadah namun siasatan masih diteruskan.
“Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, bas yang membawa 40 penumpang hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong Touch ‘n Go sebelum merempuh pondok tol tersebut.
“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kegagalan sistem brek bas tersebut, berdasarkan kenyataan daripada pemandu bas itu,” katanya kepada Bernama.
Kenderaan itu antara 11 bas dalam konvoi membawa 431 pesakit COVID-19 dari Kluster Changkat Jong di Perak yang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS 2.0 di Selangor.
Kesemua penumpang, termasuk lapan yang cedera, dibawa ke PKRC MAEPS 2.0 untuk menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA : BN TAMPIL WAJAH BAHARU DI DUN SERKAM
AYER KEROH 24 Oktober - Datuk Azman Abdullah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM KEKAL CALON BN DUN ASAHAN
AYER KEROH 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan terus diberi kepercayaan...
PRN MELAKA: TUMINAH PERTAHAN KERUSI DUN PANTAI KUNDOR
AYER KEROH 24 Oktober - Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pertahankan kerusi (DUN)...
PRN MELAKA: BN KEKALKAN AH SEM UNTUK DUN MACHAP JAYA
AYER KEROH 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem terus diberi kepercayaan...
PRN MELAKA: MUSTAFA MUSA CALON BN DUN DURIAN TUNGGAL
AYER KEROH 24 Oktober - Datuk Dr. Hj. Mustafa Musa diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA: MOHD RIDHWAN GALAS CABARAN BN DUN AYER MOLEK
AYER KEROH 24 Oktober – Barisan Nasional (BN) mengumumkan Datuk Mohammad Ridhwan Mohd Ali sebagai calon yang akan mewakili parti...
