
PEMANDU ‘BAS PINK’ TERBABIT KEMALANGAN DI ALOR GAJAH DIREMAN TIGA HARI
Majistret Dr Teoh Shu Yee membenarkan permohonan reman itu, selepas mendapat permohonan daripada pihak polis yang menahan lelaki berusia 37 tahun itu semalam.
Media semalam melaporkan pada kejadian kira-kira 4.45 petang itu, kereta dipandu Muhammad Aiman Mohd Farid, 23, yang juga pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) dirempuh sebuah bas ketika berhenti di bahu jalan, sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang dan parah di kepala.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Muhammad Hakimi Hafiz Baharin, 22, pula luka di badan.
Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Terminal Bas Melaka Sentral menuju ke Lebuh AMJ, manakala kereta dipandu Muhammad Aiman pula dari arah Rembia.
Bagaimanapun pemandu bas dan seorang penumpang wanita berusia 53 tahun, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUGAAN MENJELANG SYAWAL, 50 RUMAH DI BUKIT RAMBAI ROSAK DIBADAI RIBUT
MELAKA, 18 Mac - Sambutan Aidilfitri sebahagian penduduk di Bukit Rambai di sini suram selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat...
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA RIBUT KAMPUNG PULAU SAMAK
KESIDANG 18 Mac - Dugaan Ramadan. Itu situasi menggambarkan nasib 11 keluarga di Kampung Pulau Samak, di sini, apabila diuji...
MELAKA TUMPU PULIHKAN KOPERASI TIDAK AKTIF
AYER KEROH 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka komited mahu memulihkan 15 peratus daripada jumlah koperasi yang...
OMSMC RAI SEMANGAT KEBERSAMAAN SEMPENA RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 17 Mac – Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) menyemarakkan suasana bulan Ramadan dengan menganjurkan majlis berbuka puasa...
MELAKA RIVER CRUISE SEDIA TERIMA RIBUAN PENGUNJUNG AIDILFITRI INI
BANDARAYA MELAKA 18 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjangkakan hingga 5,000 pengunjung sehari akan menaiki Melaka...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU PADA 4 APRIL
MERLIMAU 18 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini...
