
PEMBANGUNAN TERANCANG, DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT JADI TEMA BAJET NEGERI MELAKA 2026
SERI NEGERI 5 Disember – Pembangunan Terancang Demi Rakyat Untuk Rakyat diangkat sebagai tema Bajet Negeri Melaka 2026.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bajet itu digerakkan menerusi tiga matlamat utama.
Jelas beliau, matlamat pertama adalah melestari pembangunan dan keberhasilan ekonomi, diikuti matlamat mensejahterakan rakyat dan pembangunan modal insan serta memantapkan tatakelola dan kecekapan tadbir urus.
“Bajet 2026 ini juga diterjemahkan melalui ekosistem strategik, dengan 13 tumpuan utama, meliputi 11 portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) serta perkhidmatan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGUNJUNG MENARA TAMING SARI MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDA HILIR 7 Mac - Menara Taming Sari menerima peningkatan ketara jumlah pengunjung sehingga 4,000 orang sehari sepanjang minggu cuti...
MELAKA ANTARA 4 NEGERI BANGUNKAN HOTEL WAKAF
PANTAI KUNDOR 7 Mac – Melaka menjadi antara empat negeri yang terlibat dalam projek pembangunan hotel berasaskan dana wakaf di...
HILAI TAWA ANAK ASNAF SENTUH HATI TOK RAOP
LENDU 7 Mac - Program sumbangan baju raya untuk anak asnaf dilaksanakan serentak di dua pusat menjual pakaian di Pekan...
‘DONAT PIZA’ PIKAT PENGUNJUNG CILIK BAZAR RAMADAN
KESIDANG 7 Mac - Idea menghasilkan donat piza sebagai pencuci mulut ketika waktu berbuka puasa khusus untuk kanak-kanak membuahkan hasil...
KASIH MPHTJ SENTUH HATI ANAK YATIM, ASNAF
AYER KEROH 7 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menzahirkan keprihatinan sempena Ramadan ini dengan menyampaikan sumbangan bagi...
YAPEIM SUMBANG RM60,500 UNTUK RAMADAN MADANI MELAKA
KUALA LINGGI 7 Mac - Sejumlah RM60,500 disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sempena program Ramadan Madani YAPEIM 2026...
