
PEMEGANG ‘PASSPORT MELAKA TOURISM’ NIKMATI DISKAUN 80 PERATUS DI 63 LOKASI
AYER KEROH 20 Januari – Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP) Melaka memperkenalkan inisiatif baharu iaitu ‘Passport Melaka Tourism’ yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi kemasukan ke 63 lokasi pelancongan sekitar negeri ini.
Pengurus Besar BPP Nasrul Ahmad berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan ‘Passport Melaka Tourism’ pada harga cuma RM5 sahaja.
“Inisiatif ini adalah promosi istimewa sempena Tahun Melawat Melaka 2.0 dan bertujuan memberi pengalaman menarik serta menjimatkan kepada pengunjung,” katanya.
Katanya, bagi mereka yang berminat untuk membeli ‘Passport Melaka Tourism’ boleh datang ke pejabat dan kios Tourism Melaka yang berdekatan.
“Inisiatif ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa untuk meneroka keunikan dan tarikan pelancongan di Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGUNJUNG MENARA TAMING SARI MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDA HILIR 7 Mac - Menara Taming Sari menerima peningkatan ketara jumlah pengunjung sehingga 4,000 orang sehari sepanjang minggu cuti...
MELAKA ANTARA 4 NEGERI BANGUNKAN HOTEL WAKAF
PANTAI KUNDOR 7 Mac – Melaka menjadi antara empat negeri yang terlibat dalam projek pembangunan hotel berasaskan dana wakaf di...
HILAI TAWA ANAK ASNAF SENTUH HATI TOK RAOP
LENDU 7 Mac - Program sumbangan baju raya untuk anak asnaf dilaksanakan serentak di dua pusat menjual pakaian di Pekan...
‘DONAT PIZA’ PIKAT PENGUNJUNG CILIK BAZAR RAMADAN
KESIDANG 7 Mac - Idea menghasilkan donat piza sebagai pencuci mulut ketika waktu berbuka puasa khusus untuk kanak-kanak membuahkan hasil...
KASIH MPHTJ SENTUH HATI ANAK YATIM, ASNAF
AYER KEROH 7 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menzahirkan keprihatinan sempena Ramadan ini dengan menyampaikan sumbangan bagi...
YAPEIM SUMBANG RM60,500 UNTUK RAMADAN MADANI MELAKA
KUALA LINGGI 7 Mac - Sejumlah RM60,500 disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sempena program Ramadan Madani YAPEIM 2026...
