
PEMILIHAN SKUAD RAGBI SUKMA MELAKA, 16-17 OGOS INI
AYER KEROH 6 Ogos – Persatuan Ragbi Negeri Melaka akan melakukan sesi pemilihan pasukan ragbi bawah 20 tahun sebagai persediaan ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 Selangor pada 16 hingga 17 Ogos ini.
Sesi pemilihan itu akan diadakan di Padang Ragbi Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Ayer Keroh.
Pemilihan melibatkan tiga sesi iaitu pada 16 Ogos akan berlangsung sesi pertama bermula jam 8 hingga 10 pagi dan sesi kedua jam 5 hingga 7 petang.
Manakala pada 17 Ogos, sesi ketiga akan berlangsung dari jam 8 hingga 10 pagi.
Jurulatih Pasukan Ragbi SUKMA Melaka, Muhammad Afiz Ahmad berkata, sesi pemilihan itu adalah bertujuan bagi membina skuad ragbi negeri bagi menghadapi SUKMA 2026 Selangor tahun hadapan.
“Sesi pemilihan ini amat penting bagi mencungkil bakat baharu atlet ragbi yang berumur 20 tahun ke bawah, sekali gus memberi kami peluang serta ruang untuk membina skuad ragbi SUKMA Melaka yang mantap.
“Sehubungan itu, semua pemain yang berkelayakan dan berminat untuk mengharumkan nama Negeri Melaka, anda dijemput hadir ke sesi pemilihan ini,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI SERAH SUMBANGAN RAMADAN PARLIMEN KOTA MELAKA
DUYONG 10 Mac - Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan bantuan Ramadan berjumlah RM15,000 yang akan disampaikan kepada 150 penerima terdiri daripada...
AB RAUF SANTUNI PENIAGA DAN PENGUNJUNG PASAR RAMADAN SEMABOK PERDANA
DUYONG 10 Mac - Suasana Pasar Ramadan Semabok Perdana diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
650 ANAK PARLIMEN JASIN TERIMA BAJU RAYA
BUKIT BARU 10 Mac – Inisiatif kongsi rezeki menceriakan seramai 650 anak-anak keluarga kurang berkemampuan sekitar Parlimen Jasin, meraikan Aidilfitri...
ZIARAH ‘POGHUT’ AYER LIMAU SEPANJANG RAMADAN
AYER LIMAU 10 MAC - Berpuasa tidak membantutkan kesungguhan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang sentiasa memastikan kebajikan rakyat dalam...
MAIM AGIH MAKANAN SUNNAH KEPADA ASNAF, ‘FRONTLINERS’
AYER KEROH 10 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) giat melaksanakan program turun padang bagi mengagihkan makanan sunnah kepada...
MELAKA BERUPAYA JADI HAB PENGELUARAN KERETA EV
ALOR GAJAH 10 Mac – Melaka berpotensi menjadi hab pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di negara ini selari dengan peningkatan jumlah...
