
Pemilik kedai motosikal dipercayai maut akibat ditikam
AYER KEROH 22 Feb – Seorang pemilik kedai motosikal maut dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di premis itu yang terletak di Titi Serong, Tanjung Piandang petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman berkata suspek berusia 52 tahun itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Simpang Lima selepas kejadian pada kira-kira pukul 2.45 petang.
Katanya suspek membuat pengakuan bahawa dia telah menikam mangsa yang dikenali sebagai Tan Hee Song, 43, di kedai berkenaan.
“Soal siasat awal mendapati punca kejadian berlaku kerana suspek tidak berpuas hati ke atas mangsa dan menuduh mangsa telah menukar beberapa komponen motosikal miliknya pada tiga minggu lepas,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata mangsa telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
TIADA KES STROK HABA DI MELAKA SETAKAT INI – EXCO
MELAKA 3 April - Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini,...
‘DUA BERITA GEMBIRA SERENTAK’
SUNGAI UDANG 3 April - Dilema akibat bau busuk lebih dua dekad membelenggu penduduk taman perumahan sekitar Pusat Pelupusan Sampah...
KES DENGGI DI MELAKA TURUN 63 PERATUS
TELOK MAS 3 April – Kes demam denggi dilaporkan di Melaka setakat 2 April lalu menunjukkan penurunan ketara dengan mencatatkan...
PEMBANGUNAN LOJI WTE BERPOTENSI LONJAK NILAI HARTANAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 3 April - Nilai hartanah di Sungai Udang berpotensi akan melonjak dengan wujudnya Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang...
‘WELLNESS HUB’ PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KEPADA RAKYAT MELAKA
TELOK MAS 3 April – Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mampu meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penduduk negeri ini...
