Sorting by

×

PEMUDA MAUT, RAKAN CEDERA DUA MOTOSIKAL TERLANGGAR LEMBU

Masa Membaca:54 Saat

JASIN 29 Disember – Penunggang maut manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai terlanggar seekor lembu dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Serkam, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, mangsa dan rakannya menunggang motosikal berasingan dikatakan dalam perjalanan dari arah Merlimau menghala ke Jasin.

“Siasatan awal dilakukan mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat seekor lembu yang sedang melintas dari kanan ke kiri jalan. Kedua-kedua mangsa dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut sebelum terbabas ke lorong kiri jalan,” katanya.

Menurut beliau, akibat perlanggaran itu mangsa yang mengalami kecederaan parah pada badan dan tangan disahkan meninggal di lokasi kemalangan.

“Manakala rakannya yang mengalami kecederaan dibahagian muka telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selaij orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

602
Kongsi :
Previous post FELDA BUKIT SENGGEH ‘BERGEGAR’
Next post PROGRAM JOM BERKHATAN PERCUMA RINGANKAN BEBAN IBU BAPA