Sorting by

×

PEMUDA ORANG ASLI BUKIT SERAYA, PECAH REKOD PERIBADI REJAM LEMBING DI FILIPINA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Pemuda masyarakat Orang Asli Bukit Seraya, Selandar, Elrick Roslee, 23, mengharumkan nama negara selepas berjaya meraiah emas dalam acara merejam lembing lelaki pada Kejohanan The ICTSI Philippine Athletics 2025 di Stadium New Clark City Athletics, Filipina, pada 2 hingga 4 Mei lalu.

Jurulatih Pusat Latihan Daerah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan, Mohd Hanafiah Yusop berkata, lebih manis apabila pada kejohanan sama Elrick juga telah memecah rekod peribadinya sendiri dengan rejaman terbaik sejauh 63.45 meter.

Katanya, pencapaian peribadi terbaik Elrick sebelumnya di Varsity Track dand Field (VTF) 2025 di Stadium Kluang, Johor adalah sejauh sejauh 61.79 meter.

“Elrick adalah atlet berdisiplin dan memiliki motivasi diri yang sangat tinggi. Saya boleh katakan disiplin diri membantu dia untuk berjaya, sekali gus mengharumkan nama negara dan Melaka di kejohanan antarabangsa.

“Dia adalah anak bongsu daripada lima adik-beradik dan kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sains Taman dan Rekreasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Sepanjang di UPM Elrick dibimbing dua jurulatih yang turut membuka jalan buat pemuda ini bersinar dalam sukan merejam lembing di gelanggang antrabangsa,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Elrick memaklumkan, dia kini sedang giat melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia Jun depan.

“Saya meletakkan sasaran untuk melakukan rejaman sejauh 66 meter pada kejohanan itu nanti seterusnya akan melayakkan diri ke Sukan Sea 33 di Bangkok, Thailand pada Disember depan.

“Saya serius mahu menjadikan sukan sebagai karier, seterusnya membawa keluarga keluar daripada kepompong kepayahan hidup,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post OKU PEKAK DAN BISU SERTAI KURSUS PRA PERKAHWINAN 
Next post PEMANDU LORI MAUT DALAM KEMALANGAN DI LEBUH RAYA PLUS ARAH SELATAN