
PENCAPAIAN DI BAWAH PENTADBIRAN KETUA MENTERI DATUK SERI UTAMA AB RAUF YUSOH: PENTADBIRAN
>> Membentuk Kerajaan Perpaduan di Melaka dengan melantik ADUN-ADUN Pakatan Harapan ke dalam barisan EXCO Kerajaan Negeri.
>> Meneruskan slogan ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia’, menambah ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’ dan pewujudan TONGGAK 11.
>> MEWAJIBKAN LAGU NEGARAKU DAN MELAKA MAJU JAYA dimainkan di semua pejabat Kerajaan pada setiap Isnin.
>> Memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan Surah Al Fatihah dan doa
>> Larangan membawa telefon ke dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri dan mesyuarat terperingkat Kerajaan Negeri.
>> Mewajibkan segala ADUAN RAKYAT yang dibuat melalui SISPA mahupun semasa PROGRAM HARI BERTEMU RAKYAT (OPEN DAY) diselesaikan dalam masa 14 hari, kecuali yang melibatkan dasar.
>> Melaka merekodkan SEBAGAI NEGERI KEDUA TERBAIK BEBAS RASUAH di negara ini menerusi Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
>> ANUGERAH SERI MELAKA iktiraf tokoh-tokoh anak Melaka yang telah memberi sumbangan besar di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Calon-calon anugerah ini merupakan ikon dalam pelbagai bidang seperti Perkhidmatan Awam, Korporat, Seni, Budaya dan Sukan.
>> PENSTRUKTURAN SEMULA AGENSI DAN ANAK SYARIKAT serta mengadakan inisiatif ‘CEO of The Year’.
>> Hari Kelepasan Am Negeri Melaka pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) dianjakkan kepada 26 Ogos 2024 (Isnin) bersempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
>> Inisiatif Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR), program tersebut berkonsepkan turun padang bagi mendengar denyut nadi rakyat, di mana pada setiap bulan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri akan diadakan secara berselang-seli di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negeri ini. Bertujuan untuk membantu rakyat-rakyat di setiap kawasan DUN menyelesaikan segala permasalahan, sama ada dari segi hal ehwal tanah, keperluan infrastruktur dan pelbagai lagi yang dapat merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri.
>> Inisiatif semua kaunter perkhidmatan kerajaan dibuka pada waktu rehat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.