Sorting by

×

PENDUDUK ASAHAN NIKMATI BEKALAN AIR LEBIH STABIL TAHUN DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

ASAHAN 20 November – Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menikmati bekalan air bersih lebih stabil dan berkualiti menerusi Projek Pembinaan Baharu Loji Rawatan Air (LRA) Jus Fasa 2 bernilai RM11 juta yang dijangka siap pada Mei 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, projek itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 25,000 penduduk terutama sekitar Jus, Batang Melaka, Selandar, Bukit Sedanan dan Kesang yang selama ini berdepan masalah gangguan bekalan air.

“Loji baharu ini adalah hadiah istimewa untuk rakyat di DUN Asahan, ia akan mengurangkan masalah paip pecah, tekanan air rendah dan kelewatan bekalan setiap kali berlaku gangguan termasuk pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan tapak Projek Pembinaan Baru LRA Jus Fasa 2 di Empangan Jus, di sini, pada Isnin.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Datuk Mohd Saleh Jusman.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, selain itu DUN Asahan turut menerima peruntukan RM2 juta bagi kerja penggantian paip-paip lama di Sungai Dua.

“Sudah tentu inisiatif ini juga membantu menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Asahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post BAJET 2026 MELAKA: ACARA BERSKALA BESAR BANTU RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN, PERHOTELAN
Next post BAJET NEGERI MELAKA 2026: MAIM MAHU PERANAN BAITULMAL DIPERKASA