Sorting by

×

PENDUDUK KAMPUNG SIMPANG SEMABOK PUJI INISIATIF KAMPUNG DIGITAL

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

DUYONG 15 Julai – Penduduk Kampung Simpang Semabok menyambut baik pelaksanaan inisiatif Kampung Digital yang diyakini mampu memudahkan dan melancarkan lagi pelbagai urusan berkaitan Kerajaan Negeri.

Mohd Mad Abdullah, 58, berkata, apa yang lebih membanggakan usaha itu menunjukkan Melaka melangkah setapak kehadapan berbanding negeri lain dalam usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Katanya, inisiatif itu juga secara tidak langsung merapatkan lagi jurang antara pemimpin dan rakyat selain pemakluman atau kemas kini berhubung dasar atau sebarang maklumat berkaitan kepentingan rakyat dapat disebarkan dengan lebih pantas.

“Saya amat mengalu-alukan inisiatif Kampung Digital ini. Terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan semua barisan kepimpinan yang terlibat.

“Inisiatif ini mendekatkan rakyat dengan kepimpinan Kerajaan Negeri, khususnya wakil rakyat, semua urusan lebih tersusun dan cepat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mohd Mad berkata demikian ketika ditemui selepas sesi Taklimat Penyerahan Pelekat Inisiatif Kampung Digital bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Duyong di Kampung Simpang Semabok di sini, semalam.

Sesi taklimat itu disampaikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Abdol Rahim Othman, 70, berkata inisiatif Kampung Digital adalah selari dengan keperluan semasa.

“Kita sekarang hidup dalam zaman teknologi, jadi kemudahan seperti ini sudah menjadi satu keperluan. Bukan setakat memudahkan urusan mencari alamat tetapi lebih penting dapat memendekkan lagi tempoh tindak balas bagi kes-kes kecemasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

483
Kongsi :
Previous post EMPAT RUMAH DI DUYONG TERIMA MANFAAT ‘BANDARAYA PENYAYANG’ MBMB
Next post DUYONG SASAR JADI DUN PERTAMA LENGKAPKAN PROSES KAMPUNG DIGITAL