
Penempatan ambilan khas 4,828 calon berjaya diumum 18 Mac – KPM
KUALA LUMPUR, 11 Mac – Keputusan rasmi penempatan 4,828 calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara ‘one-off’ atau sekali sahaja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.
“Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 4 April,” menurut kenyataan itu.
Julai lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan KPM membuka pengambilan khas secara ‘one-off’ seramai 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di beberapa negeri termasuk Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.
Pengambilan khas itu dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB ANJUR LEBIH 20 PROGRAM SEMPENA ULANG TAHUN KE-23
BANDA HILIR 7 April - Lebih 20 program dan aktiviti menarik bakal mewarnai Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah bulan...
25 LAMPU SOLAR TERANGI LALUAN GELAP MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 7 April - Berapa laluan gelap dan berbahaya kerap berlaku kemalangan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya...
GAPAM BARU DIANGKAT PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI PERTAMA NEGARA
ASAHAN 7 April - Perkampungan Budaya Orang Asli pertama negara bakal dibangunkan di Gapam Baru dalam usaha memartabatkan warisan budaya...
WRUR ASAHAN: SKSPS LINDUNGI PENOREH GETAH, PEKEBUN KECIL
ASAHAN 7 April – Semua penoreh getah dan pekebun kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan digalakkan mencarum Skim Keselamatan...
WRUR ASAHAN: PBT MELAKA TIDAK AMBIL RINGAN ISU SEMAK-SAMUN TANAH TERBIAR
ASAHAN 6 April – Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengambil berat terhadap aduan masyarakat khususnya membabitkan kawasan...
WRUR ASAHAN: MELAKA LULUS PERUNTUKAN BAIK PULIH 18 RUMAH ORANG ASLI
ASAHAN 6 April - Peruntukan sejumlah RM59,000 diluluskan Kerajaan Negeri bagi kerja baik pulih 18 buah kediaman Orang Asli di...
