Sorting by

×

PENGAKAP ASET NEGARA, PLATFORM LAHIR PEMIMPIN MASA DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BUKIT KATIL 11 Disember – Pergerakan Pengakap terus diiktiraf sebagai antara aset terpenting dalam pembangunan belia negara selepas lebih 117 tahun penubuhannya.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, pergerakan pengakap itu telah memainkan peranan signifikan dalam membentuk jati diri, disiplin dan kepimpinan generasi muda Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil berkata, tidak hairanlah ramai pemimpin tertinggi negara pada hari ini bermula dengan pengakap di awal pembabitan mereka.

Justeru, beliau melihat Pergerakan Pengakap memiliki potensi besar sekiranya dibangunkan secara lebih kreatif dan kontemporari.

“Pengakap ini sepatutnya menjadi lebih terkehadapan (advance) daripada badan bukan kerajaan (NGO), tetapi berada sedikit di bawah askar wataniah.

“Mereka mempunyai banyak aset. Ia boleh dimajukan, termasuk membangunkan kafe atau hab komuniti seperti yang dilakukan di beberapa negara luar.

“Malah, pengakap ini perlu menjadi bukan sekadar NGO tetapi sebuah gerakan yang mampu melahirkan pemimpin masa depan,” katanya pada program Sembang Santai bersama YB Adly bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Bukit Katil, di sini, baru-baru ini.

Whatsapp image 2025 12 08 at 09.38.25
ADLY ketika berucap pada program berkenaan.

Program itu disertai seramai 100 orang anggota Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka bagi membincangkan pelbagai perkara termasuklah dalam aspek pembangunan, keperluan kemudahan, serta aktiviti belia yang perlu diperkasa.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Azmi Ujang berkata, pembabitan pengakap di dalam program berimpak seperti WRUR boleh menjadi pemangkin kepada pengukuhan pergerakan pengakap di negeri ini.

“Terima kasih atas jemputan ini. Kami berharap pergerakan Pengakap, khususnya di Melaka, terus diberikan perhatian kerajaan bagi memastikan pembinaan karakter karamah insaniah dalam kalangan remaja dapat dicapai selari dengan aspirasi Malaysia MADANI” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

238
Kongsi :
Previous post JANGKITAN HIV DI MELAKA MENURUN 30 PERATUS
Next post LONJAK KEDUDUKAN MELAKA SEBAGAI PANGKALAN STRATEGIK EV DI ASEAN