
Pengeluar, pembekal boleh dikenakan tindakan jika tak patuh SHMMP
SHAH ALAM 25 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan siasatan lanjut hingga ke peringkat pembekal serta pengeluar susulan empat kes peniaga menjual barang kawalan pada harga lebih tinggi daripada yang ditetapkan.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata pembekal dan pengeluar juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya membekalkan barangan basah tidak mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang bermula Rabu lepas.
“Sekiranya peruncit menjual melebihi harga ditetapkan, kita akan lihat pemborong. Kita juga akan lihat jika pemborong mendapat bekalan pada harga tinggi daripada penternak atau pengeluar.
“Konsep siasatan kita sekarang ialah semua pihak tidak akan terlepas sekiranya mereka melanggar undang-undang yang ditetapkan,” katanya selepas lawatan pematuhan harga SHMMP 2021 di Pasar Awam Moden Seksyen 6, di sini hari ini.
“Setakat semalam, kami telah membuat pemeriksaan ke atas 8,347 premis borong dan runcit di seluruh negara.
“Setakat ini kami telah menerima empat aduan, dua di Selangor dan masing-masing satu di Kedah dan Perak memasuki hari kelima pelaksanaan SHMMP 2021,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
6 MODUL PENDIDIKAN UBAH NASIB ANAK DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 6 Oktober - Enam modul pendidikan diperkenalkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sejak tiga tahun lalu...
2,521 PENJAJA NIKMATI PENGURANGAN 50 PERATUS LESEN MBMB
AYER KEROH 6 Oktober - Seramai 2,521 penjaja dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menikmati pengurangan bayaran sebanyak...
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
