Sorting by

×

PENGHANTAR MAKANAN DICEKUP MENYAMAR POLIS, UGUT REMAJA PUASKAN NAFSU

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 22 Januari – Penghantar makanan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki menyamar sebagai seorang anggota polis dan melakukan ugutan terhadap seorang remaja perempuan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan kira-kira jam 6.30 petang di Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini.

Katanya, penahanan suspek adalah susulan satu laporan polis yang diterima daripada pengadu iaitu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya.

“Menurut remaja berkenaan, kejadian berlaku pada 18 Januari, kira-kira jam 2 pagi di mana dia didatangi seorang lelaki menunggang motosikal Yamaha Y15.

“Semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klebang dengan menunggang motosikal dan suspek telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta kad pengenalan miliknya sebelum mengambil gambar.

“Mangsa juga mendakwa suspek turut memintanya membuka telefon bimbit lalu membuka aplikasi TikTok sebelum meminta gadis terbabit memuaskan nafsu sekiranya tidak mahu disaman,” katanya.

Menurut Christopher, tidak lama selepas itu, suspek beredar meninggalkan lokasi tersebut dan remaja berkenaan kemudiannya telah ke balai polis dan membuat laporan berhubung kejadian kerana bimbang keselamatan diri.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan dan suspek kini direman empat hari sehingga 24 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507/170 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

205
Kongsi :
Previous post MELAKA LATIH LEBIH 900 SUKARELAWAN PARAKOM BERSEDIA HADAPI KES KECEMASAN
Next post BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PELENGKAP USAHA MELAKA PERKASA BIDANG AKADEMIK