Sorting by

×

PENGUATKUASAAN ADIL, BERINTEGRITI TERAS PENJAWAT AWAM MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 30 Disember – Penguatkuasaan yang berkesan perlu adil berlandaskan peraturan serta mengambil kira aspek keselamatan, kebajikan dan imej organisasi.

Itu teras yang ditetapkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terhadap penjawat awam pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, dalam landskap pentadbiran bandar yang semakin kompleks, cabaran penguatkuasaan di tempat kerja memerlukan anggota bukan sahaja tegas dalam undang-undang tetapi bijaksana dan berintegriti.

“Saya harap semua pegawai terutama ketua-ketua jabatan dan unit MBMB dapat memahami tanggungjawab kita sebagai penjawat awam dalam melaporkan rasuah dan membudayakan integriti dalam segala urusan.

“Integriti dalam perkhidmatan awam sangat penting semasa kita melaksanakan amanah dan kuasa diberikan, tidak menyalahguna kuasa, tidak menyeleweng serta tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang tidak bermoral,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Penguatkuasaan Di Tempat Kerja MBMB di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Shadan berkata seminar tersebut diadakan bagi mempertingkatkan fungsi penginstitusian dan pengukuhan integriti dalam kalangan anggota MBMB.

“Ia sejajar dengan usaha berterusan serta kesinambungan bagi Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Anti rasuah (MPGIA) yang dijalankan bersama pihak SPRM sebelum ini.

“Saya berharap segala ilmu, perkongsian pengalaman dan input yang diperoleh sepanjang seminar ini dapat diterjemahkan secara praktikal dalam tugasan harian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post ASTAKA BONDA KIDS CENTRE, 14 TAHUN MENDIDIK PEWARIS BANGSA
Next post ZON BEBAS KENDERAAN DILANJUTKAN SEMPENA TAHUN BAHARU 2026