
PENGUSAHA KEDAI MAKAN DIDAKWA DERA ANAK SAUDARA
Tertuduh, seorang wanita berusia 52 tahun bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Wanita yang mempunyai hubungan pemeliharaan kepada remaja perempuan berusia 15 tahun itu didakwa telah mengabaikan sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang di sebuah kedai makan di Binjai dekat sini antara bulan Mac hingga 22 Mei lepas, mengikut dibawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang membawa hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MERIAHNYA RAYA!’ WARNAI MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI APRIL
AYER KEROH 3 April - Program Melaka Bila Larut Malam Edisi April 2026 bertemakan 'Meriahnya Raya!' bakal memeriahkan lagi suasana...
20,700 SAMBUT AIDILFITRI DENGAN MELAKA RIVER CRUISE
DUYONG 3 April - Melaka River Cruise terus menjadi pilihan pengunjung apabila merekodkan kehadiran 20,700 pengunjung dalam tempoh dua minggu...
MELAKA SASAR TAMBAH MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 3 April - Kerajaan Negeri menyasarkan penambahan beberapa lagi menara telekomunikasi baharu sepanjang 2026 dalam usaha berterusan untuk...
KUTIPAN ZAKAT MELAKA MELONJAK, KEKAL SIFAR MISKIN TEGAR – KM
AYER KEROH 3 April - Prestasi kutipan zakat Melaka menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencecah RM415 juta dalam tempoh tiga tahun....
BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN IRINGI 3 TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
AYER KEROH 2 April - Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Kesyukuran antara pengisian disusun sempena tiga tahun kepimpinan Datuk Seri...
34 PROJEK PR1MA DIKATEGORIKAN ‘SAKIT’ SIAP SEPENUHNYA
KLEBANG 2 April - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan semua projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum...
