
PENIAGA KERUGIAN RM829,705 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun, pada mulanya terlihat iklan pelaburan tersebut di media sosial pada Mac lalu, yang menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi.
Beliau berkata selepas berhubung dengan ‘ejen’ pelaburan terbabit, mangsa kemudiannya diminta untuk memuat turun aplikasi pelaburan bagi menyertai pelaburan itu.
“Susulan itu, antara 5 Jun hingga 9 Julai, mangsa telah membuat pembayaran ke dalam lima akaun bank yang berbeza secara berperingkat, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM829,705. Mangsa mendapati keuntungan berjumlah RM4,669,065.25 ditunjukkan dalam aplikasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Bahrin berkata mangsa diberitahu bahawa beliau perlu membuat pembayaran tambahan bagi membolehkan pengeluaran keuntungan yang dinyatakan.
Beliau berkata setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa telah membuat satu laporan polis pada Khamis, 10 Julai di Balai Polis Kluang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘RUMAH KEK’ KAMPUNG LANJUT MANIS
PAYA RUMPUT 14 Mac – Bermula dengan percubaan kecil di dapur ketika masih menuntut pada usia 20 tahun, Ainin Tasnim...
KITARECYCLE MELAKA KUMPUL LEBIH 800 TAN SISA KITAR SEMULA
KLEBANG 13 Mac - Program KITARecycle yang dilaksanakan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) merekodkan kutipan lebih 800 tan barangan...
BELUM TERLAMBAT RASAI SUASANA IFTAR DI HOTEL MITC
AYER KEROH 14 Mac - Walaupun sudah menghampiri penghujung Ramadan, orang ramai masih boleh menikmati sajian bufet Ramadan di Hotel...
PPSPM CAPAI 89 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG SUKU PERTAMA 2026
DUYONG 14 Mac – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencapai 89 peratus sasaran pengunjung yang ditetapkan bagi tempoh...
PRN MELAKA PADA TAHUN INI – AB RAUF
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA PADA 28 MAC DITERUSKAN
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac akan diteruskan seperti dirancang, kata...
