
Penuntut UTHM maut digilis lori
ALOR GAJAH 17 Sept. – Seorang penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, maut selepas digilis lori dalam kemalangan di Jalan Hutan Percha, di sini, pagi tadi.
Taufik Hidayat Mohd Rasul, 20, yang menunggang motosikal Honda meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi tadi, mangsa dikatakan sedang belajar menunggang motosikal bersama bapanya dengan menaiki motosikal berasingan.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melaka Perdana, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah lori dari sebelah kiri.
Namun, motosikal yang dinaiki mangsa bergesel dengan lori berkenaan sebelum terjatuh dan digilis kenderaan berat itu.
“Siasatan mendapati cuaca pada ketika itu baik dan kedua-dua kenderaan masih berada di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SINGGAH SAHUR SEMARAK RAMADAN, MEDAN PERKUKUH SOLIDARITI
TABOH NANING 7 Mac - Sebagai aktiviti popular sepanjang Ramadan, program singgah sahur dilihat terus relevan sebagai medium untuk menyuburkan...
UNIMEL BUKA RUANG KERJASAMA BANTU PELAJAR MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 7 Mac - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sentiasa membuka ruang menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menyalurkan sumbangan...
AB RAUF TITIP TIGA PESANAN KEPADA GENERASI MUDA MELAKA
LENDU 7 Mac - Mengejar ilmu, memelihara integriti dan menanam rasa cinta kepada negara antara tiga pesanan utama Ketua Menteri...
MELAKA MAHU LAHIRKAN PEMIKIR MUDA BERINTEGRITI
LENDU 7 Mac - Pelajar Tingkatan Enam di negeri ini disaran untuk menjadi pemikir muda yang berintegriti serta mampu menilai...
AL-AZHAR SETUJU JADIKAN UNIMEL PUSAT PASCASISWAZAH
PENGKALAN BATU 6 Mac - Al-Azhar Al-Sharif iaitu institusi pendidikan agama Islam terbesar dunia di Mesir bersetuju menjadikan Universiti Islam...
MELAKA PERUNTUK RM13.7 JUTA BELA KEBAJIKAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN, SYAWAL
PENGKALAN BATU 6 Mac - Sejumlah RM13.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membela kebajikan rakyat memerlukan sempena Ramadan dan Syawal...
