Sorting by

×

PENYAMPAIAN KELULUSAN TANAH DAN NOTIS 5A CERIAKAN 95 PENERIMA

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

ASAHAN 9 Disember – Suasana penuh ceria menyelubungi Balai Raya Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh, apabila seramai 95 generasi kedua Felda menerima Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) dan Notis 5A yang sekian lama dinantikan.

Majlis penyampaian kelulusan tanah dan Notis 5A ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai bukti komitmen untuk memastikan rakyat Felda memiliki tanah sendiri secara teratur.

Img 20251208 wa0002

LATIFAH.

Sementara itu penerima, Latifah Sapingi, 43, meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kelulusan itu sebagai rezeki besar selepas bertahun-tahun tinggal menyewa di Kampung Nyalas.

“Saya memang sudah lama menyewa. Bila dibuka permohonan untuk generasi kedua, saya terus mohon dan tidak sangka dapat tahun ini.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Rezeki untuk mewarisi tanah keluarga ini sangat bermakna dan kini masa depan anak-anak terasa lebih terjamin,” katanya kepada media ketika Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan dan Notis 5A bagi Generasi Kedua Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh, di sini, hari ini.

Terdahulu serahan surat kelulusan dan Notis  5A kepada penerima disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Dalam ada itu, Latifah mewakili penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan kerana meluluskan permohonan mereka.

Img 20251208 wa0004
SHAHRIN.

Seorang lagi penerima, Shahrin Muhamad, 46, turut berkongsi rasa gembira dengan pemberian daripada Kerajaan Negeri Melaka itu.

“Ketua Menteri kita telah meluluskan permohonan kami semua, jadi memang kami semua sangat gembira. Kami dah mohon sejak lama jadi bila akhirnya permohonan tanah generasi kedua ini diluluskan, kami semua sangat bersyukur dan gembira. Alhamdulillah,” katanya.

Shahrin turut berhasrat untuk memulakan usaha membina rumah di atas tanah pemberian itu serta merancang kehidupan keluarga dengan lebih baik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

204
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: PENJAWAT AWAM SAHUT CABARAN PASTIKAN SISTEM PENYAMPAIAN EFISIEN, MESRA RAKYAT
Next post BAJET NEGERI MELAKA 2026: MPJ BINA DUA TAPAK PENJAJA BERPUSAT DI JASIN