Sorting by

×

PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT

Masa Membaca:41 Saat

ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07 peratus calon layak menerima sijil.

Pengarah Pendidikan Negeri Mahfudzah Mohamed Noor berkata, seramai 10,881 daripada 10,955 calon sekolah Kementerian Pendidikan di Melaka berjaya memperoleh sijil berbanding 96.14 peratus pada tahun 2024.

“Peningkatan sebanyak 0.93 peratus ini mencerminkan usaha berterusan semua pihak dalam memastikan kecemerlangan akademik pelajar terus diperkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025 Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Karim Tumin; Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Sri Dewi Saiful Nathan serta Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jamsari Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
Next post KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF