Sorting by

×

PERHIMPUNAN BULANAN MEDIUM BANTU ORGANISASI TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Februari – Perhimpunan bulanan berperanan sebagai platform penting dalam menilai pencapaian dan menyelaras hala tuju selain memastikan sasaran ditetapkan sesebuah syarikat dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, perhimpunan bulanan juga membuka ruang kepada organisasi untuk menambah baik tindakan serta strategi seiring dengan keperluan semasa.

“Melangkah ke tahun 2026, perhimpunan bulanan bukan lagi sekadar rutin sebaliknya merupakan platform penting dalam usaha berterusan memperkukuh dan memperkasakan organisasi khususnya PPSPM.

“Perjumpaan diadakan diguna bagi menilai pencapaian, menyelaras hala tuju, merancang dengan lebih teliti serta mempertingkatkan tindakan agar sasaran mampu dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan PPSPM Serta Majlis Melafaz Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat Khairunnisa Ibno Masooda dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Datuk Adi Supian Shafie di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Menurut Shaharul Azuar, nilai amanah juga perlu terus menjadi teras utama dalam setiap tindakan dan keputusan demi kepentingan organisasi selain memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap serta berkesan.

“Landskap pembangunan semasa menuntut kita untuk menjadi lebih proaktif, inovatif dan berintegriti selain terus memperkasakan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta pengurusan projek yang telus.

“Justeru itu, saya ingin menyeru semua warga kerja PPSPM untuk sentiasa menanamkan nilai integriti, efisiensi dan semangat kerja berpasukan dalam setiap tugasan yang dilaksanakan.

“Ini kerana setiap hasil kerja kita pada hari ini mencerminkan imej dan kredibiliti organisasi secara keseluruhan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

233
Kongsi :
Previous post PENJAWAT AWAM JUGA RAKYAT, HEBAT JADI MEDIUM ADUAN MENYELURUH
Next post STAM 2025: 13 CALON MELAKA PEROLEH MUMTAZ, GPN TERBAIK DALAM 5 TAHUN