
PERISTIWA ISRAK MIKRAJ PERKUKUH KEIMANAN MUALAF MAIM
KESIDANG 19 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan penting dalam kehidupan saudara baharu di negeri ini menerusi pelbagai program keagamaan.
Bersempena Israk Mikraj, MAIM telah menganjurkan ceramah khas bertajuk Memperingati Peristiwa Israk Mikraj: Sebuah Perjalanan Rabbani yang disertai kira-kira 50 mualaf di negeri ini.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, ceramah yang diadakan di Surau Kompleks Darul Huda MAIM itu membawakan kisah perjalanan luar biasa Rasulullah SAW berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Israk) dan kemudian dinaikkan ke langit hingga ke Sidratul Muntaha (Mikraj) dalam satu malam.
Kisah itu turut membawa mualaf MAIM menyelami bagaimana Baginda Rasulullah SAW menerima perintah solat lima waktu yang menjadi simbol kebesaran Allah SWT, pengukuhan iman dan hubungan hamba dengan sang pencipta.
Ceramah penuh keinsafan itu telah disampaikan penceramah bebas, Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Jofree.
“Semoga usaha dilakukan ini dapat menambah baik keimanan, selain mengukuh kepercayaan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT,” kata MAIM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANTARA 4 NEGERI BANGUNKAN HOTEL WAKAF
PANTAI KUNDOR 7 Mac – Melaka menjadi antara empat negeri yang terlibat dalam projek pembangunan hotel berasaskan dana wakaf di...
HILAI TAWA ANAK ASNAF SENTUH HATI TOK RAOP
LENDU 7 Mac - Program sumbangan baju raya untuk anak asnaf dilaksanakan serentak di dua pusat menjual pakaian di Pekan...
‘DONAT PIZA’ PIKAT PENGUNJUNG CILIK BAZAR RAMADAN
KESIDANG 7 Mac - Idea menghasilkan donat piza sebagai pencuci mulut ketika waktu berbuka puasa khusus untuk kanak-kanak membuahkan hasil...
KASIH MPHTJ SENTUH HATI ANAK YATIM, ASNAF
AYER KEROH 7 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menzahirkan keprihatinan sempena Ramadan ini dengan menyampaikan sumbangan bagi...
YAPEIM SUMBANG RM60,500 UNTUK RAMADAN MADANI MELAKA
KUALA LINGGI 7 Mac - Sejumlah RM60,500 disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sempena program Ramadan Madani YAPEIM 2026...
SINGGAH SAHUR SEMARAK RAMADAN, MEDAN PERKUKUH SOLIDARITI
TABOH NANING 7 Mac - Sebagai aktiviti popular sepanjang Ramadan, program singgah sahur dilihat terus relevan sebagai medium untuk menyuburkan...
