Sorting by

×

PERKASA IMEJ PROFESIONAL PEGAWAI MPHTJ

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 11 Mei – Kesedaran tentang kepentingan etika sosial dalam pekerjaan dan kehidupan harian menjadi fokus utama Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri 2025 yang dianjurkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), baru-baru ini.

Objektif utama bengkel berkenaan adalah memberikan penekanan terhadap aspek pembangunan keterampilan diri sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan yang beretika dan berkualiti.

Menurut Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron, penganjuran bengkel ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh sahsiah dan kecekapan sosial anggota MPHTJ yang sentiasa berinteraksi dengan masyarakat.

“Pengetahuan tentang etika sosial adalah elemen penting dalam membentuk imej peribadi dan profesionalisme organisasi.

“Ia bukan sahaja mencerminkan nilai diri, malah memberi impak kepada kualiti perkhidmatan awam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bengkel berkenaan melibatkan seramai 73 anggota MPHTJ dan dikendalikan oleh Pengurus Pesona Karisma Event Planner Mohd Noor Azmin Marzukhi.

Sapiah berkata pendekatan interaktif dan praktikal yang digunakan pada bengkel itu berjaya menarik perhatian peserta untuk lebih terlibat secara aktif sepanjang sesi.

“Bengkel seperti ini akan dianjurkan secara tahunan bagi memastikan tahap profesionalisme dan etika anggota MPHTJ sentiasa berada pada standard yang tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post EMPAT LELAKI AHLI SINDIKET AH LONG DITANGKAP DI PULAU PINANG
Next post MELSDEAF MOHON DANA BANTU 61 ATLET PEKAK BAKAL KE SOPMA, SARAWAK, OKTOBER DEPAN