Sorting by

×

PERKHIDMATAN TASKA BERKUALITI DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 26 Mei – Inisiatif pemasangan plak di taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar menjadi satu penanda aras bagi perkhidmatan penjagaan kanak-kanak lebih berkualiti dan diyakini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memuji langkah proaktif dilaksanakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin yang amat berguna bagi mengelakkan ibu bapa menghantar anak mereka ke taska tidak berdaftar boleh mengundang pelbagai risiko keselamatan.

“Sebanyak 136 taska yang berdaftar akan menerima Plak Taska Berdaftar secara berperingkat bagi tahniah dan terima kasih Kak Som,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpuan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mei 2025 anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad, Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco, Timbalan Exco, Ketua jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Plak diletakkan di hadapan premis taska, turut menyediakan kod QR yang memudahkan ibu bapa untuk melihat maklumat seperti nama pengusaha, tempoh pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kapasiti taska dan lain-lain lagi.

Usaha itu turut meningkatkan lagi tahap keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka dan disifatkan sebagai inisiatif yang cukup baik

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1064
Kongsi :
Previous post 58 LOKASI MENARA 4G DI MELAKA
Next post GURU KAFA, TADIKA JAIM MELAKA DAPAT SAGU HATI CUTI BERSALIN RM1,600