Sorting by

×

PERKUKUH MELAKA SEBAGAI DESTINASI INDUSTRI PELANCONGAN MARITIM SERANTAU

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

KUALA LINGGI 3 Jun – Usaha memperkukuhkan legasi Melaka sebagai pelabuhan ulung sejak abad ke-15 diteruskan oleh Kerajaan Negeri menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang sudah disusun.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lokasi strategik di Selat Melaka meletakkan negeri ini dalam peta geopolitik dan geostrategik sejak ratusan tahun dahulu, termasuk sebagai laluan pengangkutan tenaga yang terpenting dunia.

Mengulas lanjut Ketua Menteri berkata, pembangunan Straits Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ), iaitu zon berimpak tinggi bakal membentuk wajah baharu Melaka sebagai Future Maritime City.

“Selain itu, Kita turut memberi tumpuan kepada ‘Blue Economy’ untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dan kelestarian alam yang mana industri perikanan, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan marin serta pemeliharaan biodiversiti laut adalah antara teras utama.

“Antara lain, Melaka terus menjadi tumpuan kapal persiaran mewah seperti Blue Dream Melody, Genting Dream Cruise dan terkini Star Voyager yang mula berlabuh sejak Mac 2025 di Terminal Feri Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Kota Laksamana.

“Usaha itu juga mencatatkan lebih 30,000 pergerakan penumpang dalam hanya tiga bulan pertama, membuktikan Melaka semakin kukuh dalam industri pelancongan maritim serantau,” katanya ketika berucap pada Lawatan dan Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Melaka Bersama Warga Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur; Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah serta Ketua Eksekutif ALAM, Ts. Dr. Kapten S Manivannan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata bagi merancakkan lagi industri pelancongan maritim di Melaka, dua Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), baru-baru ini.

“Antara yang dimeterai termasuk pembangunan Limbungan Enrique of Malacca, iaitu pelabuhan moden yang bakal membuka peluang pekerjaan dan pelaburan maritim baharu.

“Pembangunan mestilah dijalankan secara lestari, bukan semata- mata untuk keuntungan hari ini, tetapi untuk diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1086
Kongsi :
Previous post CAR FREE ZONE @ALOR GAJAH BERI TEMPIAS KEPADA PENIAGA, PENGUNJUNG PUAS HATI
Next post JEJAK HANG TUAH, BUKA MINDA GURU MENGENAI SEJARAH, ASAL USUL PAHLAWAN MELAKA