Sorting by

×

PERSATUAN BELIA, NGO MELAKA DIGALAK MANFAAT DANA SEJATI MADANI SEHINGGA RM100,000

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 16 Januari – Persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini digalakkan untuk memanfaatkan dana Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) dengan peruntukan sehingga RM100,000 bagi tujuan pemerkasaan komuniti.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, dana berkenaan boleh dimohon bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk aktiviti keusahawanan, pembangunan organisasi serta program yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Katanya, inisiatif tersebut selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh peranan belia dan NGO sebagai ejen perubahan dalam pembangunan sosial dan ekonomi komuniti.

“Untuk dana tersebut kita harap komuniti atau NGO di Melaka tidak melepaskan peluang untuk memohon dana dan melaksanakan aktiviti bersama komuniti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata di peringkat negeri pula, Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan NGO dan persatuan belia menerusi pelbagai acara dengan penglibatan lebih menyeluruh.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan NGO negeri ini bersama persatuan belia dengan membantu mereka menganjurkan program yang melibatkan interaksi secara langsung bersama komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

390
Kongsi :
Previous post LAPORAN KEHILANGAN NADIA KESUMA DIRUJUK KEPADA KONSULAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI
Next post AMARAN RIBUT PETIR DI EMPAT NEGERI, KUALA LUMPUR HINGGA 9 MALAM INI