Sorting by

×

PERSATUAN SUKAN DIMINTA KEMUKA ‘LONGLIST’ ATLET SUKMA 2026 SEBELUM 22 FEBRUARI

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 20 Februari – Semua persatuan sukan di negeri ini diminta mengemukakan senarai panjang (longlist) atlet yang bakal mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selewat-lewatnya pada 22 Februari.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, penyerahan longlist kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka itu penting bagi tujuan pendaftaran rasmi atlet yang sedang menjalani latihan di bawah program persediaan SUKMA 2026.

Katanya, setiap atlet yang berpotensi mewakili Melaka wajib didaftarkan dalam senarai tersebut bagi memastikan rekod dan status penyertaan mereka jelas serta teratur.

“Longlist ini akan menjadi direktori rasmi atlet yang mewakili negeri masing-masing.

“Semua persatuan perlu memastikan tiada atlet yang tercicir daripada senarai tersebut,”katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam menegaskan bahawa senarai panjang itu bertujuan untuk mana-mana negeri lain tidak mengambil atau mendaftarkan atlet dari Melaka tanpa kelulusan rasmi MSN negeri.

“Sekiranya ada negeri lain yang mahu mengambil atlet Melaka mewakili negeri lain perlulah membuat permohonan secara bertulis kepada MSN Melaka dan hanya boleh dipertimbangkan selepas mendapat kebenaran rasmi.

“Tanpa kelulusan bertulis, atlet terbabit tidak dibenarkan mewakili negeri lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post PAYA RUMPUT PESAT MEMBANGUN, ISU KESESAKAN JADI FOKUS RAIS
Next post KOMPLEKS AS SOLIHIN MERCU AGAMA BAHARU PAYA RUMPUT