Sorting by

×

PERZIM SEDIA JADUAL PETUGAS BERGILIR SEMPENA AIDILFITRI

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 9 Mac – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyusun jadual petugas secara bergilir bagi memastikan kelancaran operasi muzium sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pengurusan muzium berjalan lancar terutama ketika menerima kehadiran pelawat yang dijangka meningkat sempena cuti perayaan.

Menurutnya, kebiasaannya muzium di bawah PERZIM akan ditutup pada hari raya pertama dan kedua sebelum kembali beroperasi seperti biasa pada hari berikutnya.

“Penjadualan tugas secara bergilir turut dilakukan bagi memastikan setiap muzium dapat beroperasi dengan baik selepas tempoh penutupan tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Erne menjangkakan jumlah pelawat ke muzium tahun ini akan meningkat berikutan cuti panjang yang memberi peluang kepada orang ramai meluangkan masa bersama keluarga.

“Aspek keselamatan juga diberi keutamaan apabila kebanyakan muzium di bawah PERZIM kini telah dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pengunjung.

“Kita sentiasa memastikan setiap muzium di bawah seliaan PERZIM berada dalam keadaan baik serta selesa dikunjungi para pelawat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

324
Kongsi :
Previous post ALHAMDULILLAH DAPAT BAJU RAYA BAHARU