
PESARA RUGI LEBIH RM134,000 TERPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD DI TIKTOK
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 63 tahun pada mulanya berminat menyertai skim pelaburan saham menjanjikan keuntungan lumayan yang ditawarkan di platform media sosial itu.
Beliau berkata mangsa kemudiannya menerima pautan untuk menyertai satu kumpulan di aplikasi Telegram sebelum melabur RM30 dan mendapat pulangan RM45.
“Wanita itu mula percaya dengan keuntungan yang diperoleh dan menambah modal pelaburan dengan membuat 12 transaksi menggunakan wang simpanannya ke sembilan akaun berbeza bernilai lebih RM134,000.
“Namun, mangsa mengesyaki diperdaya setelah diminta menambah modal untuk mengeluarkan pulangan hasil pelaburan itu,” katanya.
Yahaya berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BUKIT KATIL PENANDA ARAS ‘DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT’
BUKIT KATIL 7 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menjadi penanda aras...
WRUR: MELAKA HARAP SPRM PERLUAS PERANAN ANTI RASUAH
BUKIT KATIL 7 Disember - Kerajaan Negeri berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat perluaskan peranan untuk menyemai kesedaran mengenai...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERZIM PERHEBAT MUZIUM, ARKEOPELANCONGAN
AYER KEROH 7 Disember - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyambut baik Bajet Negeri Melaka 2026 yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan...
KEGAGALAN BAKAR SEMANGAT MOHD SUKUR UNTUK BANGKIT JADI USAHAWAN BERJAYA
AYER KEROH 6 Disember - Cabaran hidup sebagai orang kurang upaya (OKU) dan gagal berulang kali dalam perniagaan, tidak membuatkan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 BERI IMPAK POSITIF KEPADA SEKTOR PELANCONGAN
BANDA HILIR 7 Disember – Bajet Negeri Melaka 2026 yang memperkenalkan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih kepada pelancong...
MELAKA SEDIA LEBIH 220 PROGRAM PELANCONGAN MENARIK SEPANJANG 2026
BANDA HILIR 7 Disember - Kerajaan Negeri akan menggerakkan sebanyak 220 program pelancongan sepanjang tahun 2026 sebagai suntikan besar kepada...
