
PESARA WANITA DI MIRI RUGI RM2.24 JUTA DITIPU SINDIKET PENIPUAN PANGGILAN TELEFON
KUCHING 1 Oktober – Seorang pesara swasta berusia 66 tahun di Miri kerugian lebih RM2.24 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan yang menyamar sebagai pegawai Touch ‘n Go dan polis.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang merupakan wanita tempatan menerima panggilan daripada individu mendakwa wakil Touch ‘n Go yang menuduhnya terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian.
“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang mengarahkan mangsa mengeluarkan semua simpanan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Farhan berkata, mangsa menyerahkan wang berjumlah RM2,244,404 melalui pindahan bank di kaunter, transaksi dalam talian serta serahan tunai kepada seorang lelaki tidak dikenali di sebuah lokasi sunyi tanpa kehadiran orang awam.
Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan dan pengesahan sebelum tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET
AYER KEROH 25 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka ruang dan peluang kepada anak-anak asnaf menceburi bidang Pendidikan...
BOMBA MELAKA KONGSI REZEKI, CERIAKAN RAMADAN KELUARGA B40
PAYA RUMPUT 25 Februari - Sumbangan bakul Ramadan tanda keprihatinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka sedikit sebanyak...
PENGENDALI MAKANAN DI MELAKA SEMAKIN MATANG, CAKNA ASPEK KEBERSIHAN
LENDU 25 Februari - Pengendali makanan termasuk peniaga pasar Ramadan di negeri ini semakin matang dan amat mengutamakan aspek kebersihan...
LEAD, WYF METERAI MOU ANGKAT SUARA PEKERJA GIG MELAKA
BUKIT KATIL 25 Februari - Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD) dan World Youth Foundation (WYF) memeterai memorandum...
1,340 CALON UPKK 2025 MELAKA PEROLEH 9A
PENGKALAN BATU 25 Februari - Melaka melakar pencapaian membanggakan dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025...
DATARAN BANDARAYA MBMB TERUS JADI PILIHAN IFTAR SANTAI BERSAMA KELUARGA
AYER KEROH 25 Februari - Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh terus menjadi pilihan sebagai lokasi...
