Sorting by

×

PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2025 BAKAL JADI TUMPUAN

Masa Membaca:49 Saat

TANJUNG BIDARA 6 September – Persiapan bagi penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 dijadual berlangsung dari 12 hingga 14 September ini berjalan lancar dengan penyertaan pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, lawatan tapak diadakan bersama agensi terlibat bagi meninjau perkembangan dan status persiapan menjelang penganjuran pesta tersebut.

“Semua dipelawa untuk datang beramai-ramai dan bersama-sama memeriahkan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025, pelbagai acara menarik disusun untuk semua,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas melakukan lawatan tapak di Pantai Tanjung Bidara, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas, wakil jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, semua agensi yang terlibat telah bersedia dengan tindakan masing-masing termasuk jemputan, penyediaan tapak dan aktiviti yang dirancang.

Tambahnya, MPAG bertindak sebagai penyelaras utama bersama Japerun Tanjung Bidara dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, selain menguruskan beberapa acara tertentu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1168
Kongsi :
Previous post GURU WANITA RUGI RM230,447 TERPERDAYA PENIPUAN DALAM TALIAN
Next post PRODUK USAHAWAN MELAKA BERSINAR DI OSAKA, SEDIA TEMBUSI PASARAN GLOBAL