
PH Melaka tiada rancangan menghadap Agong – Adly
AYER KEROH 7 Okt. – Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak ada rancangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setakat ini.
Pengerusinya, Adly Zahari yang juga Naib Presiden Amanah berkata, usaha buat masa ini bertumpu pada proses perundangan membabitkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diadili.
“PH Melaka setakat ini tiada rancangan bertemu Agong.
“Fokus kini untuk membawa pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran termasuk menghormati Perkara 19(2) Perlembagaan Negeri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya di sini, hari ini.
Terdahulu, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Datuk Norhizam Hassan Baktee ditempelak rakan sekutunya DAP susulan kenyataannya dikeluarkan malam tadi.
Ia susulan kenyataan bekas EXCO negeri itu mengenai hasrat empat ADUN pro pembangkang itu bersama-sama 11 ADUN pembangkang lain untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.
Lima jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, bekas wakil rakyat DAP dari DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong menempelak pengumuman dibuat Norhizam itu melalui Facebook rasminya tengah malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB FOKUS ASPEK 3K BAGI PENGANJURAN BAZAR AIDILFITRI, RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menegaskan pematuhan terhadap aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) menjadi...
MELAKA TERUS SUBURKAN BUDAYA CINTAI AL-QURAN
PENGKALAN BATU 22 Januari - Melaka terus menyuburkan budaya mencintai al-Quran menerusi penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri...
MPAG BAKAL NAIK TARAF TAMAN REKREASI POH AH TIAM
ALOR GAJAH 22 Januari – Taman Rekreasi Poh Ah Tiam, Machap Baru dicadang dinaik taraf sebagai taman bandaran bagi memberi...
60,000 ‘HEALING’ DI TANJUNG TUAN
KUALA LINGGI 22 November - Dianggarkan hampir 60,000 pengunjung telah menjadikan Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan sebagai destinasi pelancongan sepanjang tahun...
‘ZOOMANJI’ @ ZOO MELAKA TAWAR KESERONOKAN AKTIVITI BERKUMPULAN
AYER KEROH 22 Januari - Program Zoomanji @Zoo Melaka yang berkonsepkan aktiviti luar menarik kini semakin mendapat sambutan bukan sahaja...
PORTUGAL IKTIRAF MELAKA NEGERI UNIK, KAYA KEPELBAGAIAN BUDAYA
AYER KEROH 21 Januari - Portugal mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri unik yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik. Ia...
