Sorting by

×

PIKAP TULAR TAMPAL PELEKAT TULISAN HEBREW MILIK LELAKI BERALAMAT DI GEMENCHEH

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 8 Oktober – Kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Isuzu yang memaparkan pelekat tulisan bahasa Hebrew yang tular di media sosial didapati didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Melaka Dato’ Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Khas Agama Ketua Menteri Melaka selepas video berdurasi 14 saat tular di media sosial.

Jelas beliau, semakan mendapati, tulisan tersebut dipercayai membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita’ atau ‘Malaysia di tangan kami’ dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menimbulkan kegentaran atau kegusaran awam.

“Jika sabit kesalahan boleh diperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 kerana kesalahan kemudahan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi yamg memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Dzulkhairi turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penyebaran video berkenaan.

Beliau berkata, siasatan telus akan dijalankan oleh pihak polis demi memastikan keselamatan dan keharmonian masyarakat terjamin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

857
Kongsi :
Previous post PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA GESA SIASAT 4×4 PAMER TULISAN HEBREW
Next post PELANCONGAN MELAKA DIWARNAI DUA PROGRAM BESAR BULAN INI