
PM ucap selamat tahun baharu kepada masyarakat Tamil, Sikh
KUALA LUMPUR, 14 April- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi kepada masyarakat Sikh yang menyambut perayaan itu hari ini.
Ismail Sabri berkata beliau percaya tahun baharu yang disambut itu atas dasar Keluarga Malaysia yang mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini.
“Persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia. Apa yang paling penting adalah tentang menghormati antara satu sama lain yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook hari ini.
Ismail Sabri turut mendoakan semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.
“Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI LEBIH SELAMAT, SELESA
SERI NEGERI 5 Februari - Menara Taming Sari terus komited memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung menerusi kerja naik taraf fasiliti...
TOK AJAK AGIH 3,000 KAMPIT BERAS UNTUK WARGA TELOK MAS
TELOK MAS 5 Februari - Lebih 3,000 kampit beras 5 kilogram (kg) akan diagihkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN)...
HEBAT TONJOL KOMITMEN TINGGI PBT MELAKA SELESAI ISU RAKYAT
SERI NEGERI 5 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) antara bukti komitmen pelbagai...
YB HELMY AKUI RAMAI MOHON PINDAH DUYONG
SERI NEGERI 4 Februari - Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengakui menerima banyak permintaan daripada orang ramai untuk berpindah...
MELAKA PERKASA ‘RAKYAT DIGITAL’ DI KAWASAN LUAR BANDAR
SERI NEGERI 4 Februari - Program Rakyat Digital Melaka akan terus diperkasakan dengan tumpuan diberikan kepada masyarakat di kawasan luar...
HEBAT: MELAKA TERBUKA TERIMA CADANGAN RAKYAT MAJUKAN PELANCONGAN
SERI NEGERI 4 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk mendengar segala pandangan mahupun cadangan daripada rakyat untuk bersama memajukan...
