Sorting by

×

PM UMUM RM10 JUTA UNTUK MELAKA BANGUNKAN TVET KEUSAHAWANAN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Melaka bagi membangunkan bidang pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Beliau mengumumkan peruntukan itu pada Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2025 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan peruntukan RM40 juta kepada Majlis TVET Negara bagi memperkasa bidang TVET keusahawanan yang menjadi lagi cabang penting kepada anak muda masa kini.

“Kita akan pastikan bidang baharu ini dapat difokuskan dengan sinergi bersama syarikat-syarikat yang ada dalam negara, selain membantu latihan supaya anak-anak ini mendapat pendedahan dengan syarikat dan industri baharu.

“Jadi, untuk TVET ini keseluruhan peruntukan memang telah meningkat dan untuk keusahawanan, ia (peruntukan) ditambah lagi (khas untuk) Negeri Melaka dan Majlis TVET Negara,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ahli-Ahli Jemaah Menteri; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan-Timbalan Menteri; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1309
Kongsi :
Previous post GURU WANITA, ANAK SULUNG MAUT DISYAKI DIBUNUH DI BUKIT RAMBAI
Next post NAHAS BAS GERIK: PEMILIK SYARIKAT BAS SUDAH BERI KETERANGAN KEPADA POLIS