
PMR 2025 MELAKA: 6 TAPAK PARKIR UNTUK PENGUNJUNG, KENDERAAN PERANTARA DISEDIAKAN
JASIN 15 Oktober – Sebanyak enam tapak letak kenderaan disediakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka yang berlang pada 17 hingga 19 Oktober di Politeknik Merlimau.
MPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, tapak parkir untuk orang awam yang disediakan adalah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Merlimau; Bandar Baru Merlimau Utara dan Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 2.
Selain itu, pengunjung juga boleh meletakkan kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Ya’akub; Perpustakaan Merlimau dan Klinik Kesihatan Merlimau.
“Kesemua enam tapak parkir kenderaan yang disediakan mempunyai jarak yang dekat dan hampir dengan lokasi PMR di Politeknik Merlimau Melaka (PMM),” ujar MPJ.
Selain tapak parkir percuma, pengunjung juga tidak perlu gusar untuk berjalan jauh kerana Kerajaan Negeri menyediakan lapan kenderaan perantara (shuttle) secara percuma untuk membawa mereka ke tapak program.
Lapan kenderaan yang disediakan merangkumi tiga buah bas dan lima van yang akan menunggu di sekitar kawasan parkir yang disediakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAK SOM PANTAU KEHIDUPAN ENAM BERADIK OKU
PENGKALAN BATU 10 Mac - Nasib enam beradik orang kelainan upaya (OKU) lembam yang sebelum ini hidup di rumah usang...
PENJAWAT AWAM MELAKA SAMBUT BAIK CUTI LANJUTAN, TANDA KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI
AYER KEROH 10 Mac - Cuti lanjutan sehari kepada penjawat awam Melaka sempena Aidilfitri yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri...
TUN DR MOHD ALI. SANTUNI PENJAWAT AWAM PADA MAJLIS IHYA RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac – Lebih 2,000 penjawat awam Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka...
TUN DR. MOHD ALI MOREH BERSAMA PENGAMAL MEDIA MELAKA
BANDA HILIR 10 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menzahirkan penghargaan kepada petugas...
MELAKA TERUS MENYERLAH, JADI TUAN RUMAH ACARA-ACARA BESAR
AYER KEROH 10 Mac - Melaka terus diberi kepercayaan menjadi tuan rumah pelbagai program dan persidangan di peringkat kebangsaan dan...
MELAKA LAKAR LEBIH 200 PENCAPAIAN DALAM 3 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 200 pencapaian berjaya dilakar di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
