Sorting by

×

PMR 2025: MELAKA REKOD HAMPIR 270,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

MERLIMAU 19 Oktober – Melaka berjaya melakar sejarah tersendiri apabila merekodkan bilangan pengunjung paling ramai dalam siri penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) 2025.

Sepanjang tiga hari penganjuran PMR 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, seramai 268,327 pengunjung telah direkodkan, sekali gus menjadikannya angka tertinggi dalam tujuh edisi tahun ini.

Menurut kenyataan Sekretariat PMR 2025 Melaka, jumlah pengunjung teramai adalah pada hari kedua (Sabtu, 18 Oktober) iaitu seramai 102,129 pengunjung.

Ia diikuti dengan hari terakhir iaitu hari ini, dengan jumlah 93,068 pengunjung, manakala hari pembukaannya pada Jumaat, 7 Oktober merekodkan 73,130 orang.

PMR 2025 Melaka merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kerajaan Negeri Melaka dengan bertemakan ‘Aspirasi MADANI, Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara’,

Sepanjang tiga, pelbagai pengisian menarik disediakan kepada pengunjung, antaranya, pameran dan pertunjukan aset ketenteraan; ‘petting zoo’, Pentas Selera Negeri Melaka, sukan rakyat, jualan RAHMAH serta pelbagai lagi.

Malah, orang ramai juga dapat menikmati pelbagai faedah istimewa, antaranya kaunter pembayaran saman dengan pengurangan kadar kompaun sehingga 50 peratus, pertukaran topi keledar percuma, karnival kerjaya, serta perkhidmatan bergerak daripada pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

Istimewanya, pada perasmian penutup PMR 2025 Melaka yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut diadakan kenduri rakyat yang dihadiri ribuan pengunjung, sekali gus merapatkan jurang di antara pemimpin dan rakyat.

Orang ramai juga terpukau dengan Anjing Siber Skuad Khas atau ASUK yang merupakan robot anjing berteknologi kecerdasan buatan (AI) direka sebagai kenderaan darat tanpa pemandu berkaki empat (Q-UGV) bagi menyokong aplikasi keselamatan, pertahanan dan industri.

ASUK dibangunkan dengan kerjasama Ghost Robotics dari Amerika Syarikat dan berfungsi sebagai platform asas dalam strategi jangka panjang Aerospace Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) untuk membina ekosistem tanpa pemandu yang pintar dan beroperasi di darat, laut serta udara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

733
Kongsi :
Previous post PERTEMUAN MABIMS BUKTI KOMITMEN NEGARA ANGGOTA