
Polis buru individu curi elektrik, lombong bitcoin di Taman Wawasan
BATU PAHAT, 13 September – Polis memburu individu yang bertanggungjawab dalam aktiviti ‘mencuri’ bekalan elektrik serta melombong bitcoin di Jalan Budi Utara, Taman Wawasan, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata sebaik menerima laporan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), serbuan telah dilakukan di dua premis di kawasan tersebut kira-kira 11 pagi, semalam.
Beliau berkata hasil pemeriksaan polis dan TNB di kedua-dua premis terbabit mendapati aktiviti perlombongan bitcoin berkenaan masih beroperasi tanpa pengawasan, serta premis dalam keadaan berkunci.
“Polis merampas 204 unit mesin melombong bitcoin ‘Antminer’, 11 buah port suis, dua buah monitor komputer, dua buah CPU komputer dan dua buah penghala. Nilai rampasan barangan sekitar RM204,000 dan nilai anggaran jumlah bitcoin dalam aktiviti perlombongan tersebut masih dalam siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1997.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB YAKIN PRESTASI LEBIH BAIK PADA 2026
BANDA HILIR 16 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menjangkakan peningkatan kualiti perkhidmatan pada 2026 susulan pencapaian operasi memberangsangkan...
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
