
Polis Dungun kesan individu pandu kereta lawan arus
KUALA TERENGGANU, 16 April – Polis sedang mengesan seorang individu memandu sebuah kereta berwarna kelabu secara melawan arus di jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan dekat Dungun seperti dalam video yang tular di sosial media sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata lokasi kereta dalam video tersebut dikesan berlaku antara jalan dari Kampung Kuala Abang ke persimpangan Tanjung Jara.
“Kita telah menghubungi individu yang memuat naik video ini di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana perbuatan ini sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Diharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil untuk membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Melalui video berdurasi 27 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna kelabu dipandu secara berbahaya melawan arus di jalan tersebut.
Baharuddin berkata model dan nombor pendaftaran kereta tersebut masih belum dapat dikenal pasti namun berdasarkan pemantauan awal di Facebook, kejadian dipercayai berlaku pada 7 pagi semalam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PLUS JANGKA 2.2 JUTA KENDERAAN SEHARI SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN
KUALA LUMPUR 17 Disember - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh...
JURUTEKNIK KILANG KINI MENUAI REZEKI DI LADANG JAGUNG
JASIN 17 Disember - Bermula dari kosong tanpa sebarang pengalaman bertani, bekas juruteknik kilang ini kini mampu mengemudi sebuah koperasi...
PPDK BUKIT BARU BAKAL MILIKI PUSAT TERAPI BAGI ANAK-ANAK ISTIMEWA
BUKIT BARU 17 Disember - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Baru bakal mempunyai pusat terapi sendiri bagi anak-anak istimewa....
90 PERATUS SUDAH TERIMA KAD OKU DIGITAL
BUKIT KATIL 17 Disember - Serahan kad OKU Digital kepada golongan orang kurang upaya (OKU) seluruh Melaka bagi 2025 setakat...
YAYASAN PETRONAS BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA SAMBUT KRISMAS
PAYA RUMPUT 17 Disember - Usaha membantu meringankan beban rakyat yang akan menyambut perayaan krismas tidak lama lagi diteruskan menerusi...
KOMITMEN PERZIM PUPUK BUDAYA ILMU DIIKTIRAF
AYER KEROH 17 Disember - Usaha konsisten mewujudkan Pusat Dokumentasi PERZIM di Muzium Rakyat dan memperkukuh budaya membaca melayakkan Perbadanan...
