
POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA PEREMPUAN
KUALA LUMPUR 22 September – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata Nur Alina Abdullah kali terakhir dilihat di sekitar Jalan Harmoni Indah 1, Taman Harmoni Indah, Seri Kembangan, Selangor pada kira-kira 4.15 petang.
“Laporan kehilangan Nur Alina yang kurus dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter itu diterima pada 12.40 tengah hari, Ahad lepas.
“Ketika kali terakhir dilihat, beliau memakai tudung hitam, kardigan hitam, kemeja-T berwarna merah dan seluar hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Nur Alina diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat kes Sjn Mastura Mat di talian 011-26259679. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...
MELAKA PERHALUSI, TELITI KEPERLUAN BEKERJA DARI RUMAH
AYER KEROH 28 Mac - Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan meneliti keperluan menguatkuasakan dasar Bekerja Dari Rumah melibatkan penjawat awam...
LEBIH 40,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Lebih 40,000 rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat...
