Sorting by

×

PPSPM PERUNTUK RM250,000 NAIK TARAF PRODUK PELANCONGAN SEMPENA WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TANJUNG BIDARA 21 September – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperuntukkan hampir RM250,000 bagi menaik taraf produk pelancongan utama sebagai persediaan menyambut delegasi antarabangsa sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, penambahbaikan itu melibatkan tiga lokasi tumpuan pelancong iaitu Melaka River Cruise di Bandaraya Melaka; Eco Cruise Sungai Linggi yang dikenali sebagai ‘Little Amazon’ dan Tasek Chinchin di Taman Extreme Tasek Chinchin.

Katanya, inisiatif itu penting bagi memastikan keselesaan pelancong selain memberi imej segar kepada produk pelancongan ikonik air di negeri ini.

“Antara kerja-kerja yang dijalankan termasuk pembinaan Jeti Muara Sungai Linggi bernilai RM150,000, penambahbaikan Restoran Terapung di Taman Lokan dengan kos RM50,000 serta pemasangan papan tanda baharudi Melaka River Cruise dan Tasik Cincin bernilai RM50,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata kesemua peruntukan bagi kerja-kerja penambahbaikan dikeluarkan oleh PPSPM.

“Buat masa ini, semua penambahbaikan menggunakan dana PPSPM sendiri sementara menunggu peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

471
Kongsi :
Previous post IBU BAPA NADI UTAMA BENTUK GENERASI BERILMU
Next post WTD 2025 BAKAL LONJAK NAMA MELAKA, BERI TEMPIAS KEPADA RAKYAT