Sorting by

×

PPSPM TAWAR BAUCAR EKSKLUSIF SEMPENA MELAKA LARUT MALAM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 September – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyediakan pelbagai baucar menarik bagi menghargai 1,000 pengunjung bertuah bersempena Program Melaka Bila Larut Malam Edisi September, pada Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris, berkata pihaknya akan mengedarkan ‘goodies bag’ kepada pengunjung bertuah yang mengandungi lapan baucar berbeza di Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara Sungai Melaka.

“Pemberian 1,000 baucar ini merupakan kali kedua yang mana sebelum ini PPSM turut mengagihkan goodies bag berisi pelbagai baucar menarik buat pengunjung.

“Sebelum ini dalam empat atau lima baucar diberikan, namun edisi bulan ini kita tambah menjadi lapan jenis baucar.

“Antara diberikan adalah baucar diskaun Grab, Cendol Kampung Hulu, Watsons, Dutch Harbour, Hotel Swiss Bell, Burger King dan pelbagai lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul berkata seperti sebelum ini, tiket dijual serendah RM10 seorang dan kaunter bagi program tersebut akan dibuka bermula jam 11 malam.

“Tarikan istimewa ini kita laksanakan untuk menggamit lebih ramai pengunjung merasai pengalaman menikmati suasana indah waktu malam Sungai Melaka dengan menaiki bot Melaka River Cruise. Bangunan bersejarah, sistem pencahayaan dan landskap semula pastinya memberikan kepuasan kepada pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

393
Kongsi :
Previous post INDIVIDU DIDAKWA HINA PMX BUKAN KAKITANGAN MCORP
Next post MPHTJ HARUMKAN NAMA MELAKA, RAIH ANUGERAH ‘ASEAN CLEAN AIR FOR SMALL CITIES’