Sorting by

×

PPSPM TAWAR DISKAUN 10 PERATUS SEMPENA RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KLEBANG 7 Disember – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan diskaun tiket sebanyak 10 peratus khas buat peserta RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, tawaran diskaun itu bagi meraikan kehadiran peminat motosikal seluruh negara ke Melaka.

Menurut Shaharul Azuar, tawaran itu hanya sah sepanjang dua hari berlangsungnya RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer keroh, pada 12 dan 13 Disember ini.

“Syarat utama untuk menikmati diskaun ini adalah perlu memakai baju RXZ. PPSPM amat mengalu-alukan kehadiran pengunjung khususnya ‘abang-abang’ RXZ ini ke Melaka, sehubungan itu kami menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus.

“Tawaran ini membabitkan tiket Melaka River Cruise, Eco-Cruise Sungai Linggi dan Eco Cruise Tasik Chinchin. Selain datang ke Melaka untuk makan-makan, peminat motosikal ini boleh luangkan ‘healing’ dengan menaiki bot,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Grand Prize RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di sebuah hotel di Klebang, pada Khamis.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan.

Selain padat dengan pelbagai aktiviti, penganjuran aktiviti permotoran itu juga dimeriahkan dengan 64 gerai pameran serta jualan melibatkan pelbagai produk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post MBMB PBT PERTAMA DI MELAKA MILIKI ABMS
Next post INVEST MELAKA LANCAR LAMAN SESAWANG BAHARU LEBIH INTERAKTIF