Sorting by

×

PRN MELAKA PADA TAHUN INI – AB RAUF

Masa Membaca:52 Saat

BANDARAYA MELAKA 14 Mac – Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau bagaimanapun memaklumkan tarikh tersebut belum diputuskan, namun memberi bayangan ia mungkin diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

“Tarikh akhir kita adalah pada 30 Disember 2026 dan sudah pasti ia akan diadakan sebelum tarikh itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Moreh Ketua Menteri Bersama Media Melaka di sebuah restoran, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Melaka Siti Nurbaini Khairi; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Sdn Bhd Nasharuddin Muhammad; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka Mazli Hamdan; Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) Amir Mamat serta kenamaan lain.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ab Rauf berkata, pentadbiran beliau kini telah mengatur langkah untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kepimpinan yang ada pada hari ini adalah yang terbaik untuk terus memacu kemajuan Melaka pada masa akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

424
Kongsi :
Previous post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA PADA 28 MAC DITERUSKAN
Next post PPSPM CAPAI 89 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG SUKU PERTAMA 2026