
PRN Melaka: UMNO sasar menang semua kerusi ditandingi
TELOK MAS 15 Okt. – UMNO menyasarkan untuk menang semua kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, walaupun belum mengetahui bilangan kerusi yang akan ditandingi, namun prinsip serta falsafah mahukan kemenangan bersih itu telah ditetapkan lebih awal kepada semua jentera parti.
“Walaupun tarikh PRN belum tahu, tetapi kita (UMNO) nak menang di semua tempat. Maknanya semua tempat yang akan kita bertanding kita nak menang.
“Kerusi mana daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu hanya akan diputus pucuk kepimpinan parti tetapi kita memang mahu menang, itu kita punya falsafah secara umum,” katanya dalam sidang media selepas melawat persiapan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Telok Mas, hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihaknya akan terus mendapatkan maklum balas jentera parti di setiap peringkat mengenai pandangan dan cadangan menghadapi PRN Melaka nanti.
Menurutnya, segala keputusan yang akan dibuat oleh parti adalah berdasarkan semua maklum balas diberikan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASALAH HAID TIDAK TERATUR – NORMAL ATAU TANDA PENYAKIT?
Oleh: Dr. Norhayati Bt. Awan Pakar Sakit Puan & Perbidanan Oriental Melaka Straits Medical Centre SETIAP wanita mempunyai pengalaman haid...
SAYANG RAKYAT, INILAH MELAKA!
SERI NEGERI 16 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
3,600 BERAS MELAKA DIPASARKAN UNTUK SUKU PERTAMA 2026
MERLIMAU 16 Mac - Sebanyak 3,600 kampit Beras Melaka disasarkan dapat dipasarkan bagi suku pertama tahun ini bagi menampung permintaan...
GAGASAN ‘MESRA’ BAWA SINAR KECERIAAN BUAT PENJAWAT AWAM MELAKA
SERI NEGERI 16 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pada Ramadan dan Syawal tahun ini menerusi penyampaian...
PENDUDUK AYER LIMAU PUJI GAGASAN MeSRa, HARGAI BANTUAN HARI RAYA
AYER LIMAU 16 Mac - Rata-rata penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau memuji dan menghargai pelbagai inisiatif yang dilaksanakan...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA ACARA TRADISI, LAMBANG SAYANG RAKYAT
KLEBANG 16 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri pada 28 Mac ini merupakan acara tradisi yang diadakan saban...
