Sorting by

×

PROGRAM AI AWARENESS RAKYAT DIGITAL SASAR 560 BELIA MELAKA

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 6 Januari – Kerajaan Negeri melaksanakan 28 siri Program AI Awareness Rakyat Digital di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh dua bulan bermula Disember tahun lalu sehingga Januari 2026.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) setiap DUN itu menyasarkan penyertaan seramai 560 orang belia.

Katanya, program itu memberi fokus kepada pendedahan asas teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi modul AI Awareness dan AI Appreciation.

“Pelaksanaan program ini bertujuan memberi kefahaman asas mengenai konsep serta aplikasi AI, selain menggalakkan minat belia untuk menerokai bidang teknologi dan inovasi digital sebagai persediaan menghadapi keperluan pekerjaan masa hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, selain memberi manfaat kepada belia, program itu turut dijangka mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, Dewan Belia Negeri Melaka serta JAPERUN, di samping menyokong usaha pendigitalan komuniti setempat.

“Kerajaan Negeri percaya penganjuran program seumpama ini mampu melahirkan lebih ramai bakat muda berpengetahuan digital sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital Melaka secara mampan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2434
Kongsi :
Previous post PROGRAM E-DAGANG ‘EASYSTORE’ BANTU 120 USAHAWAN MELAKA TINGKAT JUALAN 20 PERATUS
Next post WYF UKIR SENYUMAN 1,000 ANAK-ANAK B40 KEMBALI KE SEKOLAH